"Melayang Sampai Atas Bumbung Kereta..." Kesan Alkohol dan Dadah Yang Membahayakan Pemanduan!
Korang bayangkan tengah hari rembang, pukul 11.40 pagi beberapa hari lepas. Cuaca tengah panas, mungkin mangsa yang merupakan seorang bapa berumur 30-an ni baru je lepas selesaikan urusan penting untuk keluarga dia. Dia tunggang motor macam biasa, mungkin sambil terfikir nak cepat sampai ke rumah untuk jumpa anak-anak.
Tapi tiba-tiba, muncul sebuah Honda City dipandu seorang lelaki umur 20-an yang bawak laju macam peluru. Apa yang paling menyakitkan hati, lelaki ini datang dengan 'pakej' mabuk alkohol dan positif dadah. Kesannya, satu rempuhan ngeri berlaku sampai mangsa melambung dan mendarat atas bumbung sebuah Myvi. Allahu... hancur hati keluarga yang setia menunggu kepulangan bapa yang keluar untuk menyelesaikan urusan tersebut.
Kronologi Kejadian: Laju, Bahaya & Lawan Arus
Berdasarkan kenyataan media oleh pihak polis melalui Jit Huey, siasatan awal mendapati pemandu Honda City tersebut memandu secara melulu dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang. Suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan dengan kelajuan tinggi sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 30-an, tercampak ke atas bumbung sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Hasil ujian saringan mendapati pemandu terbabit positif alkohol dan dadah, dan kini telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Apa Sebenarnya Jadi Dekat Badan Pemandu Tu?
Ramai orang luar sana selalu acah-acah cakap "I okay je, I boleh handle lagi ni" walaupun dah khayal. Tapi korang kena sedar, secara biologi, alkohol tengah 'mematikan' suis saraf pusat korang secara perlahan-lahan. Isyarat dari mata nak sampai ke kaki jadi lembap sampaikan saraf jadi 'lalok' dan tak mampu nak bagi respon brek tepat pada masanya.
Gabungan maut alkohol dan dadah juga mencetuskan Tunnel Vision (pandangan terowong) di mana pemandu mungkin rasa jalan tu lurus, padahal hakikatnya mereka dah masuk laluan orang lain tanpa sedar. Ini bukan lagi soal nasib tak baik, tapi ini adalah kegagalan biologi menyeluruh yang sengaja diundang.
Tindakan Undang-Undang: Penjara & Denda Berat
Kes ini disiasat di bawah dua peruntukan undang-undang yang sangat serius. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun, beserta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 serta lesen memandu digantung serta-merta.
Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, serta pengawasan pihak berkuasa antara dua hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.
Satu Gelas, Satu Nyawa
Isu ini bukan sekadar kes langgar lari biasa, tapi ini adalah satu bentuk penganiayaan terhadap orang awam. Bayangkan trauma yang kena tanggung oleh pemandu Myvi yang tiba-tiba ada orang mendarat atas bumbung kereta dia, dan bayangkan hancurnya hati anak-anak mangsa bila urusan yang sepatutnya berakhir dengan kepulangan bapa ke rumah, berakhir dengan satu tragedi yang tak sepatutnya berlaku.
Tolonglah guys, kalau nampak kawan atau sesiapa yang nampak khayal tapi masih berdegil nak memandu, tolonglah rampas kunci kereta dorang. Biar kita bergaduh hari ini, daripada kita terpaksa menangis di depan kubur orang yang tak bersalah esok hari.
P/S: Korang rasa hukuman penjara 10-15 tahun ini dah cukup adil ke untuk pesalah yang meragut nyawa dalam keadaan mabuk dan khayal, atau patut ada hukuman yang lebih berat lagi? Cuba share sikit pendapat korang.